Entry kali ini saya nak tulis bahasa Melayu. Dan entry ini ditujukan untuk mak tersayang. Mungkin ada yang panggil mak dia mummy, mama, ibu, umi dan lain-lain (angan mumia sudahlah). Saya pangil mak je. Mak saya memang sempoi..baik dan penyayang. Saya cakap macam tu bukan kerana saya dah jadi mak dan rasa susah perit mendidik anak. Saya cakap macam tu sebab saya memang sayang mak saya, dah ada anak ke takda, saya memang sangat sayang dan hormati mak saya. Kalau ada duit lebih mesti nak kasi kat emak, sekarang tidak lah sangat sebab dah ada tanggungjawab dengan anak-anak dan perbelanjaan keluarga sendiri. Tapi kalau saya bujang dulu, saya memang suka untuk belanja emak saya, its a satisfaction to me:-). Alhamdullillah bila saya suka belanja emak saya, rezeki saya pun tidak pernah putus walau banyak atau sikit. Ini bukan cerita nak riak-riak yer... cuma nak bagitahu yang tidak akan rugi satu sen pun kalau kita belanja ibu-bapa kita, malahan Allah akan balas dengan berlipat ganda lagi :-) Amin untuk semua.
Berbalik kepada cerita mengenai emak saya. Emak saya lahir pada 23 Jun 1957, sama - sama masa merdeka. Emak saya adalah keturunan Cina dan diangkat oleh keluarga Melayu(nenek sayalah tapi dah meninggal sekarang). Beliau dibesarkan serta dididik dalam keluarga melayu. Emak saya seorang yang suka bisnes dan pandai buat macam - macam untuk cari duit. Dulu dia pernah ada kedai jahit baju. Masa tu saya sekolah rendah, kecik lagi. Bila balik sekolah saya duduk kedai jahit mak saya sampai petang, makan kat sana, jalan-jalan kat kedai- kedai amoi dan tidur bawah meja jahit je. Kesian tengok mak kerja kuat tapi saya tak paham lagi dan tak tahu macam mana nak bantu masa tu kecuali tolong kutip serpih serpih baju. Bila kedai jahit mak saya hangus dalam satu kebakaran( mak masuk newspaper time ni, glamer hiihih..), mak saya buka kedai makan dibantu oleh orang gaji Indonesia yang baik-baik semua iaitu Kak Pin dan Kak Kiah. Diorang ni dah macam family. Masa ni saya dah masuk sekolah asrama penuh kat Johor. Lepas dah tak larat berkedai(penat lah dan dah tua), mak saya duduk rumah jer jaga adik. Dan sekarang mak saya jual macam-macam kueh dan kek-kek lapis yang authentic, kalau dah biasa bekerja memang tak boleh duduk diam kan. Kek-kek lapis mak saya sangat sedap pada saya, bukan saya puji suka-suka tapi kawan-kawan/customer mak pun cakap kek lapis mak saya sedap dan oleh kerana mak saya ni pembersih, kueh pun elok je dan tahan lama. Mak siap ada blog lagi, tak percaya? Blog beliau http://adihomemade.blogspot.com
Masa saya tulis entry ni, mak saya sedang berada di United Kingdom dengan abah saya. Diorang pergi jalan-jalan sambil melawat adik saya yang telah pun mendapat cahaya mata pertama mereka Umar Ziyad. Inilah pertama kali mak saya pergi ke negara Eropah. Saya sangat gembira kerana saya tahu mak saya gembira dapat berjalan-jalan di luar negara terutama Eropah, ditambah pula melawat cucu lelaki pertama. Psst...anak saya kan dua-dua perempuan :-). Tidak dapat dinafikan, sedikit sebanyak saya rindu dengannya yang jauh, walaupun umur dah 30-an saya memang sentimental sikiiit..
Ini sedikit petikan sms saya dan mak saya semalam ketika saya ucapkan selamat hari lahir.
sms saya: " Wah...selamat hari jadi mak...ada orang celebrate birthday di London you..."
sms mak: " Mestilah, jangan jealous. Hujung minggu ni mahu jalan-jalan lagi di Kota London.
sms saya :" Tak jealous pun"
mak saya:" Dah 52 tahun umur mak, pertama kali mak jumpa jam 9.00 malam tapi hari masih terang macam jam 4 petang. Hari minggu ni mak nak pergi jalan-jalan London lagi"
sms saya:" bestnya!, baguslah. Semoga panjang umur dam murah rezeki, jaga diri baik - baik disana"
sms mak :" OK, mak rindu dengar suara Jelita dan Cantik...."
sms mak :" OK, mak rindu dengar suara Jelita dan Cantik...."
Tersenyum simpul saya sendiri, jauh-jauh ingat cucu juga. Saya dapat rasakan kegembiraan di wajah mak. Alhamdullillah, mak saya gembira dan bila dia gembira saya pun turut gembira.
Gambar nih diambil selepas mak dan abah snorkeling. Mak first time snorkeling at 53.
Sempat tunjuk peace lagi k :-)
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat mak tersayang. Siapalah saya kalau bukan kerana kasih sayang dan didikan yang diberikan.Untuk saya, setiap hari adalah Hari Ibu. Saya tanam dan semat di jiwa saya yang saya akan jaga mak sehingga ke akhir hayatnya dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab yang tidak akan berkurangan, Insya Allah. Doa saya, agar mak sentiasa gembira di dunia dan di akhirat. Amin Ya Allah.